"Man jadda wajada, wa man zara’a hasoda"-->>Sesiapa yang berusaha akan berhasil,sesiapa yang menanam akan menuai

Friday 30 March 2012

Tutorial Cara Membuat Blog

Assalamualaikum..salam sayang buat sume=)


oke xyah nak panjang2 cite..tuk post kali ni nini nak ajar cara nak buat akaun blog.kalau yang da tahu tuh ignore it okep!!ni just tutorial untuk owang yang  tak tahu.So, atas permintaan kawan,nini wt tutorial ni.oke done berceloteh..jom!!


Oke first, untuk mencipta akaun blog kowang mestilah mempunyai akaun dengan Gmail. Jika belum kowang kena daftar dulu akaun di“www.gmail.com“. Lepas tu baru la kowang boleh follow up step tutorial cara nak buat blog percuma version blogspot.



Step 1::
Buka web browser dan masuk ke website “www.blogger.com“. Klik pada “GET STARTED” .Tgk gmbar bawah tau.   

                       





Step 2::



Nati akan keluar “CREATE A GOOGLE ACCOUNT”. Isi semua form tu ye.Dah siap isi, boleh klik “CONTINUE”.


                       




Step 3::


Seterusnya akan keluar screen macam kt bawah ni. Isikan URL dan "NAMAKAN BLOG"                               




- Blog title


Bagi namakan blog kowang.sebaiknya letak la nama yang sesuai dan melambangkan identiti kowang,ikut suka  hati kowang la nak letak apa ye. Blog title ni akan terpapar pada dashbord dan profile blog. so biar la senang owang nak ingat..hehehe




- Blog Url Address:


Untuk alamat blog korang. Contohnya (http://qasehniniy.blogspot.com). Kemudian check pada availability untuk menyemak samaada nama blog yang korang pilih tu dah ada orang guna atau belum. Seeloknya url dan nama blog selari atau saling berkaitan.


-Word Verification:

Masuk huruf yang dipaparkan untuk verify (sahkan).Selepas siap, boleh klik “CONTINUE”.





Step 4::



Langkah seterusnya adalah kowang kena pilih template yang nak digunakan dalam laman blog. Terdapat pelbagai jenis template yang cantik dan simple. Korang klik mana template yang korang rasa menarik mengikut citarasa. Lepas tue, sila klik “CONTINUE”.                

            




Step 5::


Akhir sekali,kalau da bejaya nati akan keluar la“Your Blog Has Created!”ini bermakna yang korang dah berjaya buat blog sendiri.yepiiiii.... Kemudian, klik “START BLOGGING” .


                             




Step 6::



Yeaayyy !!kowang da boleh mula berblog.Tulis tajuk pada “TITLE”. Taip entry pada “COMPOSE”. Selepas siap menaip, klik pada “PUBLISH POST” untuk postkan kowang punya post kt view blog..


                               



p/s=>>for *old version editor*



**untuk setting/ lihat apa-apa pada blog, korang boleh refer pada dashboard. Klik “DASHBOARD” pada menu kecil bahagian atas sebelah kanan.


Oke..done!

Alhamdulillah ciap gak...nak tidur daa..daa...


No comments:

Post a Comment