"Man jadda wajada, wa man zara’a hasoda"-->>Sesiapa yang berusaha akan berhasil,sesiapa yang menanam akan menuai

Monday 16 July 2012

Soal Jawab Bersama Ustaz


Soalan 1 :-
Apakah hukumnya lelaki memakai inai dijari apabila seseorang itu menamatkan zaman bujangnya atau dalam erti kata lain berkahwin?

Jawapan :-
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-88 yang bersidang pada 2 oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa :
1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua2 tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak dan ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan manakala corak2 haiwan, lambing dewa2 atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang. Pemakaian inai pada kedua2 tangan dan kaki pada lelaki adalah tidak
3. Diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.