"Man jadda wajada, wa man zara’a hasoda"-->>Sesiapa yang berusaha akan berhasil,sesiapa yang menanam akan menuai

Sunday, 1 April 2012

Buat hati-hati yang Terluka



::Fatimah syarha::
"Buat hati-hati yang sedang berduka...No matter how much its pain, keep your smile, its brighthen others...=))"

kadang-kadang kita berduka,sedih,gembira kan..tapi tetapkan dalam hati walau kita berduka jangan biarkan ia mempengaruhi emosi,senyuman la...kerana senyuman itu la yang merawat segala kedukaan kita..betol x??



untuk yang bersedih nini nukilan ni untuk kowang sume:-

Wahai diri yang memiliki hati,

andaikata hari ini kau dibaluti dengan kesedihan,
maka ingatlah bahawa itulah tanda kamu seorang manusia,

andaikata hari ini kau dibasahi dengan pengharapan,
maka jangan sesekali kau berharap selain dari Allah,

andaikata hari ini kau diuji dengan kekecewaan dek kerana hajat yang tidak tercapai,
maka jangan sesekali kau berhenti berdoa pada Allah,

andaikata hari ini dirimu ditimpa dengan pelbagai kesusahan,
maka itulah tanda cinta dan kasih Allah s.w.t kepada kamu,

andaikata hari ini dirimu berasa lemah dan tidak berdaya,
maka ingatlah bahawa Allah s.w.t sentiasa bersama kamu,

andaikata hari ini terdetik oleh kamu akan buruk sangka pada takdir,
maka ingatlah kembali keihklasan amal yang pernah diungkap oleh hati kamu,


Wahai diri yang memiliki hati,

Jangan sesekali kau putus asa pada rahmat Allah yang maha pemurah,
Jangan sesekali kau berhenti berharap kasih pada Allah yang maha penyayang,
Jangan sesekali kau berhenti bersyukur pada Allah yang maha kaya,
Jangan sesekali kau berhenti berusaha dan meminta pada Allah yang maha mengetahui akan segalanya.


Wahai diri yang memiliki hati,

Sentiasalah engkau bersama dengan syariat Allah s.w.t kerana disana ada keberkatan yang tidak terhingga.
Yakinlah dengan janji-janji Allah s.w.t bagi mereka yang ikhlas dan istiqamah dalam amal taat padaNya.




::naluri seorang Muslim::





No comments:

Post a Comment