"Man jadda wajada, wa man zara’a hasoda"-->>Sesiapa yang berusaha akan berhasil,sesiapa yang menanam akan menuai

Monday, 16 July 2012

Soal Jawab Bersama Ustaz

Soalan 1 :-
Apakah hukumnya lelaki memakai inai dijari apabila seseorang itu menamatkan zaman bujangnya atau dalam erti kata lain berkahwin?

Jawapan :-
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-88 yang bersidang pada 2 oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa :
1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua2 tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak dan ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan manakala corak2 haiwan, lambing dewa2 atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang. Pemakaian inai pada kedua2 tangan dan kaki pada lelaki adalah tidak
3. Diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Soalan 2 :-
Bolehkan menantu (perempuan) bersalaman dengan ayah mertua? Apakah batas aurat diantara isteri dan ayah mertua, saudara lelaki sebelah suami dan adik ipar lelaki.

Jawapan :-
Menantu perempuan boleh bersalaman dengan bapa mertuanya, dan tidak batal wuduknya. Ini kerana bapa mertua telah menjadi mahram muabbad (mahram selama-lamanya) atas sebab perkahwinan anaknya. Oleh itu, sekiranya berlaku perceraian sekalipun, bekas menantu perempuan tersebut TIDAK BOLEH bernikah dengan bapa mertuanya, bahkan ia boleh bersalaman dengan bekas bapa mertua tersebut. Oleh itu, aurat menantu perempuan dengan bapa mertua adalah sama seperti auratnya dengan mahramnya iaitu bapanya sendiri atau adik beradik lelaki yang lain. Bagaimanapun, saudara lelaki suami atau adik ipar merupakan bukan mahram bagi si isteri. Oleh itu, auratnya dihadapan mereka adalah sama dengan auratnya terhadap lelaki ajnabi lain iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Soalan 3 :-
Saya tahu cincin perkahwinan atau pertunangan harus diletak di jari manis..tetapi di tangan kiri atau kanan?

Jawapan :-
Letaknya dijari manis tangan kanan.

oke nih LINK kalau kowang ada kemusykilan tentang agama:=)

::Jangan malu untuk bertanya, nati sesat Jalan::

No comments:

Post a Comment